Jom Lihat Ada Apa Dekat Sini

Ahad, 18 Disember 2011

Apa itu Churpchurp?


Churpchurp! apa benda tu?

Macam ni, sebenarnya aku pun baru tahu benda alah ni tapi saja je suka-suka aku gatal tangan nak tulis (terlebih rajin katakan) hehehe... Ok, setakat yang aku tahu lah, churpchurp ni adalah sebuah media pengiklanan yang bergerak atas platform social networking. Hanya dua platform yang digunakan iaitu facebook dan twitter. Senang cerita, churpchurp ni adalah anak syarikat kepada nuffnang. Aku rasa bloggers semua mesti kenal nuffnang kan?? Konsep churpchurp dengan nuffnang lebih kurang sama je, tapi apa yang membezakannya ialah churpchurp tak mengeluarkan iklan seperti di blog.

Untuk pengetahuan semua, churpchurp akan membayar kepada kita setiap iklan yang diklik. Klik sini dan sini untuk melihat contoh iklan mereka. Jumlah bayaran tidaklah terlalu mahal antara 20sen hingga 40sen bergantung kepada jenis iklan. (oklah tu kan, bolehlah buat tambah duit poket???). Untuk cashout duit yang ada dalam akaun churpchurp, jumlah minimum yang diperlukan adalah RM100 dan caj RM1 akan dikenakan bagi setiap cashout yang berjaya. Masa yang diperlukan untuk mendapatkan duit tersebut adalah 30 hari selepas hari terakhir bulan tersebut dimana ganjaran anda di cash-out. Tapi kalau tak nak cashout nak tunggu banyak lagi pun boleh...no hal lah hehehe.


Apa tunggu lagi Jom Join Churpchurp


Setelah mendaftar, anda akan diminta untuk activate facebook dan twitter. Kalau nak activate salah satu pun boleh. Dalam satu-satu masa churpchurp akan memberi anda assignment untuk pengiklanan dan anda perlu menghasilkan tweet atau post untuk mengiklankan produk atau assignment tersebut. Sebelum tweet dan post, churpchurp akan semak untuk approve. Semakin ramai friends atau follower yang ada dalam twitter dan facebook anda, semakin tinggi rate pembayaran.

Sesiapa yang ingin berdaftar boleh daftar disini.

so, sapa-sapa yang tak tahu cara daftarnya, aku akan ajar step by step cara untuk artikal yang akan datang.

Contoh iklan boleh klik sini dan sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan